Apakah makna Cinta Sejati?

 

Apa itu CINTA?. Mengapa perlu CINTA?. Mengapa harus BERCINTA?. Kalau tak ada CINTA tak boleh ke?. Apa ada pada CINTA?. Mana datangnya perkataan CINTA?. Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA?. Macam mana rasa bila DICINTA?. Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA?. CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA. Sana BERCINTA, sini BERCINTA. Tapi tahukah apa itu CINTA??.... Apa pun tak tahu, bila ditanya kenapa BERCINTA, jawapannya mudah saja... Tengok orang lain BERCINTA, macam best je.. Tapi tahukan apa itu erti CINTA?..

Assalamualaikum w.b.t..
Akhirnya blog akumohdrahimi.blogspot.com telahpun ada info baru setelah sekian lama menyepi.. Rahimi harap anda semua sihat di sana, sentiasa tenang dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang mahupun berseorangan diri.. hehe Yang penting hidup ni mesti diteruskan jua..

Eh.. Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA??.. Korang tahu ke kenapa? Rahimi pun tak tahu kenapa, mana datang plak perkataan CINTA banyak-banyak tu?? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe Rahimi bukan apa, Rahimi cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA. Setiap orang dia ada pandangan dan pemikirannya sendiri. Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dari darjah satu lagi kita dah tahu apa itu CINTA. Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA. Ye, CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana? Mungkin ada yang akan menjawab, perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA lerr.. Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA.

Menurut sudut fikiran Rahimi, CINTA ini ada banyak jenis. Diantara-diantaranya adalah :-

    Cinta pada duit - Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit. Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit. Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal. Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta pada nafsu - Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu. Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba..hehe Lepas tu tunggu apa lagi, mustahil berhenti di situ saja.. hehe Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta terpaksa - Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta. Padahal nak jaga hati mak bapak. Depan mak dengan ayah bukan main sayang-menyayang, bermanja-manja konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang mak dengan ayah, hang buat keje hang, aku buat keje aku. Hang keluar dengan jantan lain, aku pun nak keluar dengan betina lain.. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta sejati - ...........????????????


Cinta sejati, pada pandangan Rahimi cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati. Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak selamanya kan kekal. Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi..

Cinta sejati lahir dari 4 jenis cinta :-

    Cinta kepada Allah.
    Cinta kepada Ibu dan ayah.
    Cinta kepada diri sendiri.
    Cinta kepada sesama saudara.


InsyaAllah, jika ada 4 jenis cinta itu maka lahirlah cinta sejati yang kita cari selama ini..

Itu pandangan dan pendapat dari Rahimi, tapi tak tahulah bagaimana pula pandangan dan pendapat dari anda. Kalau ada yang sudi berkongsi, silakanlah..

4 ulasan:

Sang pemuas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sang pemuas berkata...

CERITA INSPIRASI,untuk wanita dan pria jangan terlalu mencintai manusia cintai lah yang menciptakan kita yaitu Allah SWT,ingin tau kisah pemuda mendapatkan pasangan secantik bidadari dari surga, karna si pemuda selalu mencintai ALLAH SWT, dan IBU nya,et...ingin tau kelanjutan cerita dan vidio klik link kami dan instagram kami di bawah ini dijamin anda ber linangan air mata:

https://bit.ly/344eP9G
Estile.Orecchini
https://bit.ly/2EwoLP7

Rocky berkata...

I am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..Onlinekaj.com 💕💋 fontcopyandpaste.net
হোয়াটসঅ্যাপ গ্রুপ
গ্রাফিক্স ডিজাইন
টিউবমেট অ্যাপস
? ওয়েবহোস্টিং কী
কিভাবে একটি ব্লগ তৈরি করবেন
ভিটমেট অ্যাপস

Unknown berkata...

Biarpon digengam sekuat mana pon belom tentu milik kita walau di ikat sekuat apa pon belum tentu akan kekal selamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...